Friday, 16 December 2016

Doa ibu bapa

Ok kali ini, ena nak kongsi mengenai doa ibu bapa. Ya doa ibu bapa.
Antara tanda- tanda untuk menjadi anak-anak yang soleh dan solehah adalah dengan selalu mendoakan mereka (selepas solat lagi bagus).
Doa yang paling masyhur ialah seperti di bawah.

Cuma ada beza ketika berdoa secara sendirian dan ketika menjadi imam .

اَلَّلهُمَّ اغْفِرْلِي ذُنُوبِي وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Maksudnya : Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.

اَلَّلهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوبَنَا وَلِوَالِدِينَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا
Maksudnya :Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (semua), dan (dosa) keduaibubapa-ibubapa kami, dan rahmatilah kedua-dua mereka sepertimana mereka mendidik kami pada waktu kecil.

Ni ena ada sediakan dalam bentuk image sekali.
Amalkan ya

Apa yang penting adalah BERDOA (amalkan) dan sampaikan.
Sekiranya mahu guna dari ayat Al-Quran maka seeloknya tidak diubah perkataanya.

Wallahu A’lam.

Semoga usaha ena yang kecil ini dapat menjadi saham yang besar pada ena dan antum.


  

3 comments:

  1. Terima kasih atas penerangan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. saya ambil yg haq saja ya.. terima kasih atas perkongsiannya :)

    ReplyDelete