Wednesday, 21 December 2016

Sihir putih

Assalamualaikum semua,
kali ini ena nak kongsikan sedikit sebanyak apa yang ena belajar dan dapat ketika di daurah Ruqyah ( Baitus Salam).

Sebelum kita pergi lebih jauh eloklah jika kita lihat pembahagian sihir dulu ya. (nak taw maksud sihir dan kenapa pengharaman nya boleh la cari kat mana-mana pautan yang baik ye, ena nak fokus pada pembahagiaan sihir terus)

So, tidak perlu ena huraikan pengharaman sihir ini. Memang dah sedia maklum dan diketahui umum bahawa sihir ini tidak dibenarkan untuk diamalkan  oleh syara’ .

Ok sihir ini dibahagikan kepada dua.

1)Sihir putih ( عليا)

2)Sihir Hitam ( سفلى )

Ok, sihir putih ni patut kita beri perhatian yang lebih kerana ia sekali pandang nampak macam bagus,elok, patuh syariah dan nampak seakan-akan baik kerana ada penggunaan ayat-ayat quran dalam proses perubatan.

Secara umumnya untuk kita tahu perubatan itu membawa kearah sihir apabila digunakan  medium-medium tertentu sebagai perantaraan.

                - azimat, tangkal dan sebagainya yang dibacakan ayat quran

                - menggunakan gambar seseorang dan dibacakan surah kemudian dibakar ( kebiasaan untuk ilmu pengasih )

                - menggunakan kulit-kulit binatang kemudian dibacakan surah dalam quran  kemudian dibungkuskan  dan diletakkan di tempat mangsa dijangka akan melangkah. contohnya : kulit cicak, burung .

#khadamnya (jin) kebiasaan namanya  diakhiri dengan il (ايل )

So semoga korang faham apa yang dikatakan sebagai sihir putih tu. Walau dibacakan ayat-ayat quran senantiasa kena berwaspada.

 Nanti kalau nak pergi berubat  tu maka pastikan terlebih dahulu siapa orang itu, latar belakang orang tu, apa yang digunakan dan bacaan nya.

Untuk sihir hitam pula di post yang akan datang ya. 

Wallahu a'lam. 
Feel free to correct me. 



No comments:

Post a Comment