Wednesday, 21 December 2016

Sihir putih

Assalamualaikum semua,
kali ini ena nak kongsikan sedikit sebanyak apa yang ena belajar dan dapat ketika di daurah Ruqyah ( Baitus Salam).

Sebelum kita pergi lebih jauh eloklah jika kita lihat pembahagian sihir dulu ya. (nak taw maksud sihir dan kenapa pengharaman nya boleh la cari kat mana-mana pautan yang baik ye, ena nak fokus pada pembahagiaan sihir terus)

So, tidak perlu ena huraikan pengharaman sihir ini. Memang dah sedia maklum dan diketahui umum bahawa sihir ini tidak dibenarkan untuk diamalkan  oleh syara’ .

Ok sihir ini dibahagikan kepada dua.

1)Sihir putih ( عليا)

2)Sihir Hitam ( سفلى )

Ok, sihir putih ni patut kita beri perhatian yang lebih kerana ia sekali pandang nampak macam bagus,elok, patuh syariah dan nampak seakan-akan baik kerana ada penggunaan ayat-ayat quran dalam proses perubatan.

Secara umumnya untuk kita tahu perubatan itu membawa kearah sihir apabila digunakan  medium-medium tertentu sebagai perantaraan.

                - azimat, tangkal dan sebagainya yang dibacakan ayat quran

                - menggunakan gambar seseorang dan dibacakan surah kemudian dibakar ( kebiasaan untuk ilmu pengasih )

                - menggunakan kulit-kulit binatang kemudian dibacakan surah dalam quran  kemudian dibungkuskan  dan diletakkan di tempat mangsa dijangka akan melangkah. contohnya : kulit cicak, burung .

#khadamnya (jin) kebiasaan namanya  diakhiri dengan il (ايل )

So semoga korang faham apa yang dikatakan sebagai sihir putih tu. Walau dibacakan ayat-ayat quran senantiasa kena berwaspada.

 Nanti kalau nak pergi berubat  tu maka pastikan terlebih dahulu siapa orang itu, latar belakang orang tu, apa yang digunakan dan bacaan nya.

Untuk sihir hitam pula di post yang akan datang ya. 

Wallahu a'lam. 
Feel free to correct me. 



Friday, 16 December 2016

Doa ibu bapa

Ok kali ini, ena nak kongsi mengenai doa ibu bapa. Ya doa ibu bapa.
Antara tanda- tanda untuk menjadi anak-anak yang soleh dan solehah adalah dengan selalu mendoakan mereka (selepas solat lagi bagus).
Doa yang paling masyhur ialah seperti di bawah.

Cuma ada beza ketika berdoa secara sendirian dan ketika menjadi imam .

اَلَّلهُمَّ اغْفِرْلِي ذُنُوبِي وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Maksudnya : Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.

اَلَّلهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوبَنَا وَلِوَالِدِينَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا
Maksudnya :Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (semua), dan (dosa) keduaibubapa-ibubapa kami, dan rahmatilah kedua-dua mereka sepertimana mereka mendidik kami pada waktu kecil.

Ni ena ada sediakan dalam bentuk image sekali.
Amalkan ya

Apa yang penting adalah BERDOA (amalkan) dan sampaikan.
Sekiranya mahu guna dari ayat Al-Quran maka seeloknya tidak diubah perkataanya.

Wallahu A’lam.

Semoga usaha ena yang kecil ini dapat menjadi saham yang besar pada ena dan antum.


  

Tuesday, 13 December 2016

GUA TEMPURUNG KAW-KAW




         Assalamualaikum semua. Kali pertama ena menulis blog ni. Ada komen yang membina jangan segan silu untuk gtaw ena ye.

           Ok, kali ni nak share cerita pasal kitorang pergi ke gua tempurung minggu lepas. Ok, macam biasa la kan nak pergi mana-mana mesti usha blog2 atau googling untuk bayangan awal kan. So bila ena usha google dgn blog, bayaran untuk masuk tak sama dgn yg baru ena pergi aritu. So ni harga tiket gua tempurung yg baru.



Harga baru =)
Pakej TOUR 1 : ( 45minit jalan kaki, kering )
- Dewasa ; RM 8
- Kanak-kanak ; RM 4

Pakej TOUR 2 : ( 1 jam 45minit jalan kaki, kering ) 
- Dewasa ; RM 12
- Kanak-kanak ; RM 6

Pakej TOUR 3 : ( 2 jam 30minit , kering dan basah, 1.2km )
- Dewasa ; RM 15
- Kanak-kanak ; RM 7.50

Pakej TOUR 4 : ( 2 jam 30minit , kering dan basah jeruk, 1.9km )
- Dewasa ; RM 30
- Kanak-kanak ; RM 15
Kami gerak dari bukit beruntung pukul 7.30am lalu highway plus. Kalau agak-agak  highway sesak korg boleh guna jalan lama. Jalan lama pon ok da skg. 


Lepas 2 jam lebih dari Bukit Beruntung alhamdulillah akhirnya kami sampai ke destinasi. Memang teruja la jgk. Huuuuu.

Kami da sampai

Nak juga sorang
   Ok, so kami ambil pakej ''TOUR 4'' yang berharga Rm30.00 dan ia amat amat amat amat best, seronok, mantap dan perform . Cuma pesanan penaja, bawa lah lampu suluh sendiri sebaiknya yang boleh letak di kepala dan kalis air. 
   Kami masuk dalam gua pukul 10 lebih dan keluar lebih kurang 3 lebih. =) . 
............
Haaa, ni ada sedikit sebanyak gambar kami dalam ekspedisi. Dtg la dgn ahli keluarga, rakan-rakan, madu'-madu' dan anak menakan. Ena pasti kalau keluar je gua, korg akan rasa macam baru pergi kursus ''TEAM BUIILDING'' taw. hehe.
Tengah menunggu Guider

FANS MU

Acah-acah

Sarah the catwoman

Soleh dan pyokong GGMU

Kami da keluar, Yey !

Ni ena ada sediakan video sepanjang ekspedisi kami yang sempat ena rakam.Guna action camera murah je kan, huhu



P/S : Bawa air dan lampu suluh sendiri ye