Assalamualaikum semua,
kali ini ena nak kongsikan sedikit
sebanyak apa yang ena belajar dan dapat ketika di daurah Ruqyah ( Baitus Salam).
Sebelum kita pergi lebih jauh eloklah jika kita lihat
pembahagian sihir dulu ya. (nak taw maksud sihir dan kenapa pengharaman nya boleh la cari kat mana-mana pautan yang baik ye, ena nak fokus pada pembahagiaan sihir terus)
So, tidak perlu ena huraikan
pengharaman sihir ini. Memang dah sedia maklum dan diketahui umum bahawa sihir
ini tidak dibenarkan untuk diamalkan oleh syara’ .
Ok sihir ini dibahagikan kepada dua.
1)Sihir putih ( عليا)
2)Sihir Hitam ( سفلى )
Ok, sihir putih ni patut kita beri perhatian yang lebih kerana
ia sekali pandang nampak macam bagus,elok, patuh syariah dan nampak seakan-akan baik
kerana ada penggunaan ayat-ayat quran dalam proses perubatan.
Secara umumnya untuk kita tahu perubatan itu membawa kearah
sihir apabila digunakan medium-medium
tertentu sebagai perantaraan.
- azimat, tangkal dan sebagainya yang dibacakan ayat quran
- menggunakan gambar seseorang dan dibacakan surah kemudian dibakar ( kebiasaan untuk ilmu pengasih )
-
menggunakan kulit-kulit binatang kemudian dibacakan surah dalam quran kemudian dibungkuskan dan diletakkan di tempat mangsa dijangka akan
melangkah. contohnya : kulit cicak, burung .
#khadamnya (jin) kebiasaan namanya diakhiri dengan il (ايل
)
So semoga korang faham apa yang dikatakan sebagai sihir
putih tu. Walau dibacakan ayat-ayat quran senantiasa kena berwaspada.
Nanti kalau nak pergi
berubat tu maka pastikan terlebih dahulu
siapa orang itu, latar belakang orang tu, apa yang digunakan dan bacaan nya.
Untuk sihir hitam pula di post yang akan datang ya.
Wallahu a'lam.
Feel free to correct me.